• Main
  • News

Kejohanan Sukan Tahunan Skjdp Kali Ke 63/2025

Kejohanan Sukan Tahunan Skjdp Kali Ke 63/2025

Kejohanan Sukan Tahunan SKJDP Kali ke 63/2025
Tarikh : 24 Mei 2025
Tempat : Kampus IPG Durian Daun
Masa : 8.00 pagi
Anjuran : Unit Koku SKJDP

Link gambar - gambar kejohanan :-

https://drive.google.com/drive/folders/1fTBvPT53btu49Yptka0FwbCl2KUU4XT8?usp=drive_link

Alhamdulillah, selesai sudah Kejohanan Sukan Tahunan JDP kali ke 63 kita tahun ini. Cuaca baik, semangat pun tinggi. walaupun ada yang lebih semangat bersorak daripada berlari ????. Tapi itulah yang kita mahu, semangat kesukanan dan kebersamaan.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada barisan pentadbir sekolah yang sentiasa menyokong, pasukan teknikal yang bekerja keras dari awal sampai akhir (kadang-kadang sampai lupa makan), dan semua guru yang sanggup jadi pengadil, tukang sorak, jurulatih tidak rasmi, dan kadang-kadang jadi ‘polis trafik’ juga.

Sukan bukan sahaja tentang menang dan kalah, tapi tentang usaha, kerjasama dan persahabatan. Yang penting, kita semua menang. Menang semangat, menang pengalaman, dan menang kenangan.

Akhir kata, terima kasih sekali lagi kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung. Jumpa lagi tahun depan dengan kasut sukan baru dan azam baru (harap-harap stamina pun baru juga ????).

_#ipgkpmkitatawan_
_#berjuanghinggaberjaya_
_#luaskanprestasimujdp
_#kejohanansukantahunan2025_