MAJLIS PERSARAAN CIKGU AHMAD FAIZ
???? 30 Oktober 2025
???? Kediaman Cikgu Faiz
“Setiap pertemuan pasti ada perpisahan,
namun jasa dan bakti yang dicurahkan akan kekal menjadi kenangan.”
Hari ini warga SK Jalan Datuk Palembang meraikan Majlis Persaraan Cikgu Ahmad Faiz bin Omar, seorang pendidik yang telah menabur bakti dengan penuh dedikasi dan kasih sayang sepanjang perkhidmatan beliau.
Terima kasih atas segala ilmu, tunjuk ajar dan bimbingan yang tidak ternilai.
Semoga Cikgu Faiz terus dikurniakan kesihatan, kebahagiaan dan keberkatan dalam setiap langkah kehidupan yang mendatang.
???? Jasamu dikenang, budi dan bakti disanjung tinggi.
#PersaraanCikguFaiz #TerimaKasihCikgu #teamjdphebat #SelamatBersara