Perhimpunan Mingguan Isnin lalu telah berlangsung dengan lancar dan penuh semangat ????????
Dikendalikan oleh Unit Beruniform Tunas Kadet Remaja Sekolah, dengan pengacara majlis adik Abdul Rahman dan Fayyadh (Tahun 6). Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku, Melaka Maju Jaya dan lagu rasmi sekolah.
Ucapan guru bertugas disampaikan oleh Ustazah Rosmarieza, diikuti penyampaian Anugerah Kelas Terbersih dan Ceria.
Tahniah kepada murid yang berjaya dalam Kejohanan Taekwondo-Do (ITF/MGTF) Tertutup Negeri Melaka:
???? Muhammad Dhanny Harith bin Ab Ghani
???? Muhd Aliff bin Yusfarizal
???? Syed Abdul Rahman Faiz bin Syed Idrus
Majlis diteruskan dengan ucapan wakil pentadbir Puan Farahduza binti Baharim dan sesi perkenalan oleh Puan Nurazlina binti Jamaludin,
GPK HEM SK Belimbing Dalam.
#PerhimpunanMingguan #SKJDP #berjuanghingaberjaya